Khamis, 21 Mei 2009

HATI & PERASAAN..

>>Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum >>menemui insan yang betul supaya>>apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana >>untuk bersyukur dengan nikmat>>pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu >>pintu kebahagiaan tertutup, yang>>lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah >>tertutup itu terlalu lama hinggakan>>kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.>>>>Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam >>buaian dan berbuai bersama tanpa berkata>>apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah >>perbualan yang paling hebat yang pernah>>dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai >>sehinggalah kita kehilangannya dan>>juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' >>datang.>>>>Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka >>akan menyintai anda kembali!>>Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di >>dalam hati mereka tapi sekiranya ia>>tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil >>masa seminit untuk jatuh hati pada>>seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai >>seseorang tetapi ia mengambil masa>>sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.>>>>Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan >>kejar kemewahan kerana ianya akan susut.>>Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan >>sekuntum senyuman untuk mencerahkan>>hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba >>satu ketika di dalam kehidupan apabila>>anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari >>mimpi anda dan memeluknya dengan>>sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang >>ingin anda tujui dan jadilah apa>>yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu >>peluang untuk melakukan semua perkara>>yang ingin anda lakukan.>>>>Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda >>menarik, percubaan yang cukup untuk>>membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah >>seorang insan dan harapan yang cukup>>untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut >>seseorang.Jika anda rasa ianya>>menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.>>>>Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang >>terbaik. Mereka hanya membuat yang>>terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup >>mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka>>yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka >>yang telah mencuba. Hanya mereka yang>>boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.>>>>Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan kemesraan dan berakhir dengan >>tangisan. Masa depan yang cerah>>sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak >>boleh meneruskan kehidupan dengan>>sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.>>>>Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda >>tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya>>apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling >>anda pula yang akan menangis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan