Rabu, 20 Mei 2009

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

CINTAKU YA MUHAMMAD S.A.W

adakah aku layak menerima cinta Mu???


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar
> > >cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
> > >Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai
> > >menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan
> > >sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
> > >memberikan kutbah,
> > >"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah
> > >dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
> > >kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al
> > >Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
> > >bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang
> > >mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
> > >Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
> > >Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
> > >sahabatnya satu persatu.
> > >Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar
> > >dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman
> > >menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya
> > >dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah
> > >tiba.
> > >"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati
> > >semua sahabat kala itu.
> > >Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
> > >tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,
> > >tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
> > >Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika
> > >turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh
> > >sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan
> > >detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu
> > >rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya,
> > >Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya
> > >yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
> > >menjadi alas tidurnya.
> > >Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
> > >berseru mengucapkan salam.
> > >"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
> > >Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
> > >"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
> > >membalikkan badan dan menutup pintu.
> > >Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
> > >sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
> > >
> > >"Siapakah itu wahai anakku?"
> > >"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini
> > >aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
> > >Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
> > >pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian
> > demi
> > >bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
> > >"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
> > >sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
> > >Dialah malakul maut," kata Rasulullah,
> > >
> > >Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut
> > >datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
> > >Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian
> > >dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di
> > >atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
> > >penghulu dunia ini.
> > >"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
> > >Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
> > >
> > >"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat
> > telah
> > >menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
> > >kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak
> > >membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
> > >kecemasan.
> > >"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
> > >Jibril lagi.
> > >"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
> > >"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku
> > >pernah
> > >mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan
> > syurga
> > >bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada
> > di
> > >dalamnya," kata Jibril.
> > >Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
> > >tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak
> > seluruh
> > >tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
> > >menegang.
> > >"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan
> > >Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
> > >sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
> > >memalingkan muka.
> > >"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
> > >Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar
> > >wahyu itu.
> > >"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
> > >direnggut ajal," kata Jibril.
> > >Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,
> > kerana
> > >sakit yang tidak tertahankan lagi.
> > >"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
> > >siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan
> > >Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
> > >bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
> > >membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan
> > >telinganya.
> > >"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,
> > >peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah
> > >di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar
> > >bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
> > >menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
> > >mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai
> > >kebiruan.
> > >"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,
> > >umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang
> > >memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai
> > >sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik
> > >wa salim 'alaihi
> > >Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan
> > >kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul
> > >kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti
> > >Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana
> > sesungguhnya
> > >selain daripada itu hanyalah fana belaka.
> > >Amin..
>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan